Tema Hari Guru 2014,
Maksud dan Huraian
Tema Sambutan Hari Guru Kali ke 43 Tahun 2014 ialah Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Pemberitahuan Tema Hari Guru 2014 serta Maksud dan Huraian ini
merujuk surat Datuk Dr. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang bertarikh 08
April 2014.
DEFINISI: GURU
PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVAS
- GURU:
Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti
dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta
pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
- PENCETUS:
Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau
mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea
kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
- KREATIVITI:
Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau
proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya
kreatif.
- PENJANA:
Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting
dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
- INOVASI:
Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi,
kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan
perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.
HURAIAN TEMA HARI
GURU 2014
Tema
Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah
membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta
menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sistem pendidikan Malaysia
berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi
generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif
dan inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat
identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung
hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap
murid.
Guru memainkan peranan
penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi
personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus
ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka
menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf
dunia.
Membudayakan
inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi
melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam
persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik
menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih
bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan
pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat
berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan
sebenar.
Dunia dan ekonomi yang
bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang
intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang
dengan memperkukuh am alan terbaik dalam pendidikan.