GURINDAM PUISI PANTUN



GURINDAM GURU


Tolonglah baca kisah guru
Cerita yang baik bolehlah tiru

Kalau guru datang lambat
Masuk kekelas terhambat-hambat

Kalau guru selalu sakit
Ilmu murid tentu sedikit

Kalau guru tak buat persiapan
Didalam kelas terpaksa meraban

Kalau guru tak ambil kisah
Murid terbiar taktentu arah

Kalau guru lambat kekelas
Murid berpeluang bertindak ganas

Kalau guru banyak berceloteh
Murid mendengar menjadi letih

Kalau guru mengajar duduk
Banyak murid akan mengantuk

Kalau guru banyak masalah
Ramai disekolah mendapat susah

Kalau guru terlampau garang
Murid takut bukan kepalang

Kalau guru pandai berjenaka
Tentu ramai murid suka

Kalau guru mengajar beralat
Murid belajar penuh minat

Kalau guru guna ICT
Tentu murid bermotivasi

Kalau guru suka menasihat
Murid juga dapat menafaat

Kalau guru berbudibahasa
Dikenang murid sepanjang masa

Kalau guru suka berdamping
Banyak murid dapat dibimbing

Kalau guru banyak kaedah
Murid dapat banyak faedah

Sekian dulu gurindam saya
Kalau terkena jangan terasa

Yang baik dijadikan teladan
Yang buruk buatlah peringatan

Hj.Rosli Mohamad, Air Molek Melaka




Saya seorang guru

Saya seorang guru.
Kerjaya yang paling saya minati.
Cita-cita sejak kecil lagi.
Seronok menjadi guru.
Hari-hari ada orang mendoakan kesejahteraan saya.
Pergi kemana pasti ada yang memberi salam.
Bukan seorang tapi berpuluh orang.
jadi guru mesti sabar dan tabah.
Jujur,amanah dan dedikasi adalah yang utama.

Walau pun kini serba kekurangan, dinasihat doktor agar tukar profesion,
saya tetap nak jadi guru walau dengan kepayahan untuk bergerak.
Kini martabat saya Allah tingkatkan.
Mendidik anak-anak istimewa...
Mereka adalah wali Allah yang diturunkan ke dunia untuk menguji manusia
bergelar ibu bapa dan guru serta masyarakat sekitarnya.
Bila mendidik dan membimbing mereka,
Kesabaran yang tertinggi dan kasih sayang sahaja diutamakan.
Ada down sindrom,autisme,hyperactive,palsy celebral dan macam-macam rupa...
Mereka semua bersih dari segala dosa.
Rupanya di sini kebahagiaan seorang guru saya temui.
Biarlah hayat saya berakhir disini.
Munaliza Ismail

Puisi untuk Guru di Hari Guru

Puisi 1
Bila murid duduk
cikgu berdiri
bila murid diseligi
cikgu pulak kena gari
murid datang naik BMW 7 siri
cikgu datang motor buruk cukai jalan pon mati
murid belajar sampai PhD
cikgu baru berkira nak sambung degree
namun begitu
di dunia cikgu berbakti
moga di akhirat syurga menanti
Puisi 2
Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”
Puisi 3
Waktu pelajar sakit,
guru menjadi doktor
waktu pelajar buat kes,
guru menjadi polis
waktu pelajar bayar yuran,
guru menjadi akauntan
waktu pelajar berkhemah,
guru menjadi rambo
waktu pelajar keliru,
guru menjadi penunjuk arah
Teruskan perjuangan yang mulia
ikhlaskanlah hati
selamat hari guru
untuk semua warga pendidik
mzfaizal

Pantun Guru

A-B-c dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belayar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
Jadi kenangan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak