RENCANA PENDIDIKAN

Semangat cintakan negara di kalangan murid-murid dipupuk dalam Konvensyen Patriotisme Remaja yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, PICC.: "* Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan murid-murid remaja perlu bersemangat mempertahankan negara, menjaga keharmonian bangsa dan juga kesejahteraan penduduk negara ini sebagaimana semangat kental yang ditunjukkan oleh remaja di Gaza dalam mempertahankan bumi Palestin.** Ketika berucap di Majlis Penutup Konvensyen Patriotisme Remaja di Putrajaya, beliau turut berpesan pada generasi sedia ada agar sentiasa menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu, seterusnya berupaya menjadi pemimpin yang baik serta berkesan di dalam keluarga dan masyarakat. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1240990040874776"

Penglibatan aktif dalam sukan di kalangan murid sekolah rendah dan menengah menerima galakan ke arah membentuk keseimbangan modal insan.: "* Prestasi sukan di kalangan murid-murid peringkat sekolah rendah dan menengah mendapat perhatian apabila menerima suntikan semangat dari Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak beliau menerima perlantikan ke jawatan itu.** Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mahu perhatian kepada perkembangan sukan digerakan secara lebih serius supaya keseimbangan pencapaian akademik dan ko-kurikulum dapat dicapai. Murid-murid yang cergas dan aktif akan lebih berdisiplin dan tidak mudah terjebak dalam gejala negatif. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1262669057613688"