Sejarah hari guru

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam  tahun 1956.Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita.

Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi  Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

objektif hari guru


1.   Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan. (termasuk perpaduan dan integrasi pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat).

2.   Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada  peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
             
3.   Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
            
4.   Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5.   Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persiadangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
        
6.   Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan  Malaysia dan mengambil   langkah-langkah  supaya peranan itu lebih berkesan.